Thursday 17 February 2011

Saya Mahu Stok Susu Yang Banyak Seperti Alin dari Blog MommaMia

Sudah lama saya mengidamkan untuk dapat stok susu perahan yang, banyak seperti ini, tpi hanya mampu melihat dari jauh saja. Yelah, macam mana nak capai, mommaMia ni tk pernah pon saya jumpa in person.

Sangat kagum dengan semangat dan komitmen MommaMia. Bekerja tapi tetap tabah untuk memerah untuk anak tersayang. Sungguh bertuah ye Lil' Dzakirah mempunyai ibu yang sanggup bersusah payah untuk terus fully breastfeed anaknya.

Kenapa saya memilih MommaMia. hmm, melalui pembacaan saya la, boleh dibandingkan apple to apple dengan Alin ni, sbb saya selalu je outstation berhari-hari. Terpaksa tinggalkan my lil' Akif dengan parents di kampung. Saya tak kisah sangat nak tinggalkan dia sebenarnya, tapi memikirkan stok susu yang hidup segan mati tak mahu tu, saya sangatlah tak suka untuk outsation lama-lama.

Saya dah cuba dengan vitamin Shaklee. Hasilnya, WOW! Alhamdulillah. Susu saya akui memang tak bertambah dari segi kuantiti, tapi it is enriched!! Minum sikit pun, lil' Akif alhamdulillah dah kenyang. Dan ade bonus lagi. Kulit tidak lagi kusam. Percubaan menggunakan vitamin ini sebenarnya salah satu usaha saya nak menembahkan susu. Yang lain, terserahlah kepada Allah. Jika sikit itu yang terbaik, maka saya redha je. Dalam masa yang sama, saya tetap buat yang asas-asasnya. Nurse-pump-nurse-pump. hopefully, satu hari usaha ni akan membuahkan hasil.

Memetik doa bonda;
Ya Allah mudahkanlah segala pekerjaan dan jangan disusahkan, Ya Allah sempurnakanlah sebaik2nya dengan rahmat Mu, Ya Allah yg Maha Pengasih lagi Penyayang"

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

5 comments:

  1. InsyaAllah u pasti boleh!!!
    good luck!

    ReplyDelete
  2. tajuk mahu susu yg bnyak spt alin tp tak bgtau pun apa usaha2 yg dah puan buat utk bnykkn susu?mgkin bleh tmbh beberapa kaedah yg lain..(hanum)

    ReplyDelete
  3. Good luck

    http://www.tetikusrusak.net/contest-birthday-party-paling-happening/

    ReplyDelete
  4. As-salam..

    Ingat lagi x anda pernah menyertai cabaran ipad di MySuperKids? Kali ni cabaran berkumpulan. Kita dlm kumpulan E. Boleh semak nama anda di MySuperKids. Utk cabaran kali ni perlu buat entri ttg kelahiran. X semestinya kelahiran anak, mcm² btk kelahiran pon boleh mcm azam baru ke.

    Ni link entri sy utk cabaran tersebut: Tarikh Harini Penting!

    Jomlah. Tarikh tutup 8 julai.

    ReplyDelete